Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Apr 21, 2019

Bonda Sultan Johor mangkat

  • Published in Nasional

Bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun.

Kemangkatan baginda disahkan oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi baginda yang dikemas kini kira-kira 8.10 PAGI TADI.

Almarhumah Tengku Puan Zanariah sebelum ini menggunakan gelaran Sultanah Zanariah yang merupakan permaisuri kedua Sultan Iskandar selepas perkahwinan pada 1961.

Baginda yang berasal daripada keluarga Diraja Kelantan ditabalkan Raja Permaisuri Agong pada 1984.

Kira-kira 10 pagi, jenazah Almarhumah dibawa ke Istana Bukit Serene, Johor Bahru dari kediamannya di Senai sebelum istiadat pemakaman.