Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Anggota Pentadbiran Kerajaan Perlu Utamakan Kesetiaan Kepada Negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Anggota pentadbiran Kerajaan perlu mengutamakan kesetiaan kepada negara  bukannya taksub kepada pemimpin atau parti politik tertentu.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kesetiaan itu boleh diberikan jika pemimpin dan parti yang dapat memberi kebaikan kepada negara.

Sekiranya didapati telah menyeleweng daripada menjalankan tanggungjawab, kesetiaan tidak seharusnya diberikan kepada pemimpin tersebut. Beliau berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

((RTM/TETITIA))