Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Wisma Putra Berusaha Bebaskan Tahanan Di Kemboja

  • Published in Nasional

Orang ramai yang mempunyai kenalan atau saudara mara yang terkandas di luar negara,  sama ada ditipu berhubung isu kerja atau faktor lain,  dinasihatkan berhubung terus dengan Wisma Putra. 

Timbalan Menteri Luar,  Datuk Marzuki Yahya memberi jaminan,  kerajaan akan mengambil semua langkah perlu, dalam memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau mengulas penahanan 47 rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Kemboja,  setelah diperdayakan dalam urusan mendapatkan pekerjaan dengan janji gaji lumayan.