Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

BERSATU Belum Memuktamadkan Sama Ada Akan Membawa Parti Itu Ke Sabah Atau Sebaliknya.

  • Published in Nasional

GEORGE TOWN - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) belum memuktamadkan sama ada akan membawa parti itu ke Sabah atau sebaliknya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti itu berkata, sebarang keputusan hanyalah akan dibuat selepas mesyuarat majlis diadakan.

Ini kerana perbincangan membabitkan semua pihak akar umbi perlu dilakukan terlebih dahulu.

 Beliau ditemui selepas marasmikan Perhimpunan Perpaduan 2019 dan Ulang Tahun ke 15 Majlis Perundingan Muhibah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) di Dewan Sri Pinang lewat petang tadi.

Sebelum ini, setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya memberitahu Malaysia Kini sebarang pengumukan berkaitan membuka bahagian parti itu di Sabah hanya akan dibuat selepas PRK Semenyih pada 2 Mac ini.

Bagaimanapun katanya, perbincangan masih berlangsung bersama Warisan, sekutunya dalam PH yang pernah menolak cadangan itu sebelum ini.


((RTM P.PINANG/MILA))