Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Kos Haji Di Indonesia Meningkat Rp900,670

  • Published in Nasional

JAKARTA - Kos mengerjakan haji di Indonesia meningkat kepada Rp35.8 juta tahun ini (RM1=Rp3,392)

Menurut Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin ;tahun lalu, kos mengerjakan haji ialah sebanyak Rp34,890,312, dan tahun ini kos haji adalah sebanyak Rp35,790,982, berlaku peningkatan sebanyak Rp900,670 untuk kos biaya haji tahun 2018.

Beliau berkata kuota haji untuk jemaah Indonesia untuk tahun 2018 ialah 221,000 jemaah, meningkat sebanyak 10,000 orang berbanding tahun 2017.

Di Malaysia, kos haji RM9,980 bagi musim haji 2018 dikekalkan walaupun kos sebenar haji meningkat 15 peratus kepada RM22,450 berbanding RM19,550 pada musim haji yang lepas.

Lembaga Tabung Haji dijangka menanggung subsidi haji hampir RM400 juta.

((SUMBER: BERNAMA))