Logo

Kerjasama Semua Kementerian, Jabatan Dan Agensi Berkaitan Keusahawanan; Amat Diperlukan Dalam Membantu Golongan Wanita Memperoleh Pembiayaan.

                                                  Temubual dalam program Interaksi di Nasioanlfm

KUALA LUMPUR-Kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan keusahawanan; amat diperlukan dalam membantu golongan wanita memperoleh pembiayaan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, peranan yang dimainkan itu penting seiring matlamat menjayakan 2018 , sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Jelasnya, ruang dan peluang yang diberi; membolehkan golongan wanita membuktikan berkeupayaan; sekaligus meningkatkan kualiti hidup.

Datuk Seri Rohani menyatakan demikian kepada RTM selepas menjadi tetamu Program Interaksi di NasionalFM.

Datuk Seri Rohani turut mengharapkan penglibatan orang ramai; memberikan maklum balas, pandangan atau cadangan mengenai program untuk memperkasa wanita.

((SUMBER: BERITA RADIO-ROHAIDA))

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.