Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

118 Pelajar , UTHM Bakal Menjadi kumpulan Siswa Pertama Di negara Ini Yang Akan Ditauliahkan Sebagai Pegawai Bomba Bantuan, PBB.

  • Published in Nasional

                                                   Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Johor 

JOHOR BAHRU -118 pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, UTHM bakal menjadi kumpulan siswa pertama di negara ini yang akan ditauliahkan sebagai Pegawai Bomba Bantuan, PBB.

Ia ekoran kejayaan mereka menamatkan Kursus Siswa bomba dalam tempoh dua tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamatan, JBPM negeri, Othman Abdullah berkata kursus itu merupakan program ko-kurikulum kebombaan berkredit yang perlu dijalani selama empat semester.

Antara latihan yang diberikan termasuk sains kebombaan, kemahiran menyelamat dan cara mengendali peralatan bomba berteknologi tinggi.

Kesemua pelajar tersebut akan menerima pentauliahan pada 22 februari hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Johor di Johor Bahru.

Sementara itu, JBPM Negeri akan terus memperluaskan Program Bomba Komuniti di kawasan perumahan dengan mengsasarkan lebih 3 ribu orang akan menyertai pasukan berkenaan sepanjang tahun ini.

Setakat ini lebih seribu 200 ribu ahli bomba komuniti telah berdaftar di bawah JBPM Negeri.

((SUMBER: BERNAMA))