Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Timbalan Pengarah Antara Direman Berhubung Kes Rasuah

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU-Empat individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek infrastruktur pengangkutan di Sabah.

Dua individu terbabit ialah penolong jurutera di jabatan kerajaan berkenaan manakala seorang lagi adalah pengarah sebuah syarikat yang melaksanakan projek infrastruktur itu. Kesemua mereka berumur antara 37 dan 58 tahun.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Cindy Mc Balitus selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Faliq Basirudin di Kota Kinabalu.

Mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

((SUMBER:BERNAMA))