Saturday, February 16, 2019
vital-top
updated 9:20 AM UTC, Feb 16, 2019

GHL Systems Tawar Perkhidmatan Bayaran Alipay Di Filipina Bulan Ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR- GHL Systems Bhd akan mula menawarkan perkhidmatan terima pembayaran Alipay kepada peniaga dalam kedai dan peniaga dalam talian di Filipina. sekali gus menjadi negara ASEAN ketiga selepas Malaysia dan Thailand yang mempunyai jalinan dengan Alipay untuk menawarkan pilihan pembayaran generasi seterusnya kepada peniaga.

Dalam kenyataan hari ini, GHL berkata, pelaksanaan itu akan dimulakan dengan peniaga yang mempunyai kedai fizikal dan kemudiaan diperluaskan kepada peniaga e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Danny Leong berkata syarikat mula menawarkan Alipay pada 2016 di Thailand dan pada April 2017 di Malaysia, kini menerusi pasaran Filipina, GHL mahu berkembang lagi ke rantau ini memandangkan Alipay adalah rakan kongsi ASEAN penting.

Setakat ini, GHL Thailand mempunyai lebih 900 terminal penerimaan peniaga dan GHL Malaysia dengan 5,400 terminal penerimaan di hotel, kedai rantaian runcit, kedai serbaneka serta outlet makanan dan minuman yang menerima jumlah kehadiran pelancong China yang tinggi, menurut kenyataan.

Alipay merupakan penyelesaian pembayaran mudah alih dan dalam talian terkemuka China, dimiliki oleh Ant Financial Services Group, syarikat berkaitan Alibaba Group.

((SUMBER:BERNAMA))