Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Lelaki Maut Setelah Terjatuh Ketika Mandi Di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi

  • Published in Nasional

LANGKAWI- Seorang lelaki maut setelah terjatuh ketika mandi di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi,
pagi tadi.  

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi, mangsa iaitu Mohamad Aszuan Mohd. Nasir, 29 tahun dari Muadzam Shah, Pahang dilaporkan tergelincir di kawasan air terjun itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisham Ibrahim  pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.15 pagi sebelum menghantar 7 anggota bersama dua jentera ke lokasi.  

Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba dimaklumkan bahawa mayat mangsa yang telahterjatuh dan lemas itu telah ditemui orang awam serta dibawa naik ke darat.  

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatandan mayatnya dibawa turun dari kawasan air terjun ke tempat letak kenderaan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.57 pagi.

((SUMBER: RTM LANGKAWI))