Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Duta Besar Hungary Lawat Kedah Esok

  • Published in Nasional

ALOR SETAR - Duta Besar Hungary ke Malaysia Attila Kali dijadual tiba di sini esok untuk melakukan lawatan rasmi dua hari bagi meneroka peluang perniagaan antara negaranya dengan Kedah.

Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Hungary berkata semasa lawatan beliau, Atilla akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau juga akan mengunjungi Dewan Perniagan dan Industri Cina Kedah serta menghadiri Forum Perniagaan Kedah-Hungary anjuran Invest Kedah dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), kata kenyataan itu.

Hungary membuka kembali kedutaannya di Malaysia pada 2015.

((SUMBER: BERNAMA))