Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Lebih 300 Kotak Disyaki Mercun Dirampas Dalam Op Landai Petang Semalam

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU- Pasukan Polis Marin, PPM Wilayah Dua Tampoi berjaya merampas lebih 300 kotak disyaki mercun dalam Op Landai di sebuah kedai menjual basikal, di Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru, petang semalam.

Seorang lelaki berusia 42 tahun turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Komander PPM Wilayah dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, serbuan dibuat selepas risikan dilakukan Unit Risikan Marin, URM.

Kesemua hasil rampasan di bawa ke PPM Wilayah Dua untuk proses dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

 ((SUMBER-RTM JOHOR))