Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Banjir Di Pahang Terus Meningkat Pagi Ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR-Hujan berterusan menyebabkan jumlah  penduduk terjejas banjir di  Pahang terus meningkat kepada 1,672 orang pada pukul 9 pagi tadi. Mereka kini  yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), Pekan masih merekodkan mangsa paling ramai dipindahkan iaitu 1,316 orang daripada 328 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Rompin, terdapat seramai 294 mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Pianggu  seramai 37 mangsa, SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (67) dan Balai Raya Setajam (127),"  katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Di Kuantan pula, jumlah mangsa yang ditempatkan di dua PPS berkurangan kepada 53 orang pagi ini berbanding 56 malam semalam dan kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Seri Damai (29) dan Dewan Orang Ramai Kampung Pahang (24).

Sementara itu di Raub, PPS di Masjid Jamek Kuala Semantan masih menempatkan seramai sembilan mangsa.

((SUMBER:BERNAMA))