Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Angka Penduduk Terjejas Banjir Di Johor Terus Meningkat

  • Published in Nasional

JOHOR-Angka penduduk terjejas banjir di Johor terus meningkat apabila mencatatkan seribu 94 orang daripada 299 keluarga, setakat dua petang, berbanding seribu 62 orang, tengahari tadi.

Ia melibatkan 11 pusat pemindahan sementara, PPS di Daerah Segamat dan Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya menjangkakan ada lagi PPS yang akan dibuka berikutan hujan berterusan.

Di Mersing, Jalan Telok Arong telah ditutup untuk semua lalu lintas akibat runtuhan cerun.

Manakala Jalan Johor Bahru – jalan ditutup kepada kenderaan ringanPemantauan berterusan oleh agensi keselamatan dan pejabat daerah akan dilaksanakan.

((SUMBER: RTM JOHOR))