Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

26 Motosikal Disita Dalam Ops Rempit Rempuh di Alor Setar

  • Published in Nasional

ALOR SETAR- Cuba merempuh anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya untuk melarikan diri, namun tindakan tersebut gagal selepas tempat biasa kumpulan mat rempit berkumpul di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar dikepung pihak polis dari segenap penjuru.

Hasil Ops Bersepadu Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kedah, 155 saman dikeluarkan dan 26 buah motorsikal disita.

Operasi turut disertai pegawai dan anggota polis trafik dari Kota Setar, Kubang Pasu, Yan, Padang Terap dan Angggota Sukarelawan PDRM bermula jam 3 petang hingga jam 9 malam tadi.

Lokasi ini sering menjadi tumpuan mat rempit berkumpul pada hujung minggu.

Ketika operasi dilakukan, terdapat sebilangan mat rempit yang cuba meloloskan diri dengan menunggang motosikal secara melawan arus.

Namun usaha tersebut hanya sia-sia selepas lokasi tersebut dikepung sejak awal.

Ketua Polis daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, 19 saman atas kesalahan tiada lesen memandu, 5 memandu motosikal dibawah umur, 63 ubah suai motosikal, 16 lesen kenderaan motor tamat tempoh dan 9 tiada insurans.

Selain itu, 15 saman kerana tiada cermin sisi, 28 saman plat nombor  dan bakinya beberapa kesalahan lain.

26 buah motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan.

 

((SUMBER: RTM KEDAH))