Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

117 Kapal Tentera Laut Asing Kunjungi Malaysia Tahun Lepas

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima kunjungan 117 kapal tentera laut negara asing sepanjang tahun lepas, secara langsung dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata mereka dari 21 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, China, Rusia dan India.

Kebiasaannya mereka akan berbelanja apabila berada di negara ini, katanya kepada pemberita selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu Panglima Tentera Laut 2018 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau berkata hubungan akrab TLDM dengan tentera laut negara asing serta pakatan strategik telah membolehkan mereka membuat kunjungan tersebut.

Menyentuh perkara lain, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman berkata lebih separuh angggota TLDM yang diberhentikan kerja kerana didapati terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata gejala tersebut sudah menjadi barah dan perlu ditangani segera, justeru, tindakan memberhentikan mereka dilakukan bagi menjaga imej serta kredibiliti TLDM daripada terjejas.

((BERNAMA))