Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Politeknik Turut Berperanan Tingkatkan Bidang TVET

  • Published in Nasional

NILAI-Sebagai institusi Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ulung di Malaysia, politeknik seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi perlu memainkan peranan besar dalam menerajui bidang pendidikan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata  sistem TVET kini dilihat sebagai antara bidang pendidikan yang amat penting untuk memacu masa hadapan negara, selain memenuhi keperluan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Beliau berkata untuk itu, semua pensyarah dan pelajar hari ini haruslah bersiap sedia dalam menghadapi cabaran dunia bagi memastikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dapat direalisasikan.

Katanya pensyarah tidak boleh terkongkong dengan ilmu sedia ada dalam bidang mereka sahaja  tetapi perlu didedahkan dengan  kemahiran kedua.

Bagi pelajar pula mereka harus bersedia mental dan fizikal dalam mendepani cabaran pada masa depan

Beliau ditemui pemberita selepas majlis amanat tahun baharu 2018 di Politeknik Nilai hari ini.

((SUMBER: BERNAMA))