Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Kempen Keselamatan Dalam Talian Aspirasi TN50 Dilaksana

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Program kesedaran 'Parents Unite for Online Safety' merupakan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) pertama dilaksanakan kerajaan dengan kerjasama syarikat korporat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad merupakan kempen keselamatan dalam talian untuk generasi muda, dilaksanakan lebih awal walaupun TN50 hanya akan dilancarkan September ini.

Beliau berkata pada perasmian program 'Parents Unite for Online Safety' di Menara Celcom di sini.

Melalui program tersebut 175 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara akan dilengkapi KidSafe, iaitu aplikasi penapisan Internet.

((BERNAMA))