Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Enam Gerai Buah Terbakar Di Alor Setar

  • Published in Nasional

ALOR SETAR - Sebanyak enam gerai buah-buahan mengalami kerosakan akibat kebakaran di Jalan Lencongan Barat Taman Dahlia di sini malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Jasbir Singh Tara Singh dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 11.24 malam dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan antara 10 hingga 70 peratus gerai terlibat, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran serta kerugian masih disiasat.

((BERNAMA))