Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

109 Sekolah Daif Akan Dibaik Pulih, Naik Taraf Tahun Ini

  • Published in Nasional

PAPAR - Kerajaan sudah mengenal pasti 109 sekolah daif di seluruh Sabah untuk dinaik taraf dan baik pulih tahun ini melalui peruntukan RM500 juta bagi menyediakan persekitaran pembelajaran selesa kepada pelajar di negeri ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM1 bilion untuk program baik pulih sekolah daif di Sabah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018.

Datuk Rosnah yang juga Pengerusi Pasukan Petugas projek itu berkata daripada jumlah tersebut, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Sabah akan menaik taraf dan membaik pulih 74 sekolah manakala selebihnya akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau yang juga Anggota Parlimen Papar berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan peralatan sekolah sumbangan syarikat pengendali Lebuhraya Utara Selatan, Plus Malaysia Berhad kepada 60 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanaki, di sini.

 ((BERNAMA))