Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Perkembangan Banjir Terkini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR- Perkembangan Banjir di Pahang.

Jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 366 orang daripada 96 keluarga, berbanding 357 pagi tadi.

Menurut portal infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga pukul 11 pagi tadi, 7-pusat pemindahan beroperasi di 2 daerah iaitu di Rompin dan Pekan.

Di Johor, penduduk yang dipindahkan turut meningkat. Jumlahnya kini 117 orang daripada 30 keluarga. Mereka ditempatkan di 4 pusat pemindahan di Segamat dan Mersing.

Manakala di Kuala Langat, Selangor, 14 penduduk masih ditempatkan di Dewan Komuniti Dato' Hormat. Di Pitas, Sabah, 10-penduduk kini berlindung di Dewan Sinukab, Kanibongan. 

 

((SUMBER: PORTAL BENCANA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT))