Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

146 Karton Rokok Kretek Dan Putih Berjaya Dirampas Dalam Satu Serbuan Di Johor Malam Semalam.

  • Published in Nasional

JOHOR-Pasukan Polis Marin Wilayah dua, berjaya merampas 146 karton rokok kretek dan putih pelbagai jenama dalam satu serbuan di Ulu Tiram, Sri Alam, Johor malam semalam.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata operasi pukul lapan malam itu melibatkan lima anggota termasuk pegawai di sebuah stor kecil di kawasan Jalan Ciku.

Antara jenama rokok yang dirampas ialah Ray merah, U2 Classic, Nusantara dan Astro.

Turut dirampas kira-kira 26 ribu batang rokok tidak sah.

Kesemua rampasan dibawa ke pengkalan PPM untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut seksyen 135(e) Akta Kastam 1957

((SUMBER: RTM JOHOR))