Logo

Jumlah Penduduk Terjejas Banjir Di Sabah Menurun Tengah Hari Ini

KOTA KINABALU - Jumlah penduduk terjejas banjir di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga 12 tengah hari ini menurun kepada 1,617 orang daripada 679 keluarga berbanding 1,685 orang daripada 719 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berkata lima PPS masih beroperasi di Daerah Kota Belud iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2 menempatkan 485 penduduk terjejas daripada 202 keluarga dan Dewan Masyarakat Tun Said 406 orang (201 keluarga).

Menurut kenyataan itu, pusat pemindahan banjir di Kompleks Sukan Botung menempatkan 152 penduduk terjejas daripada 76 keluarga.

Daerah Kecil Membakut, dalam kawasan Parlimen Kimanis, pusat pemindahan banjir di Dewan Serbaguna Membakut kini menempatkan 89 orang mangsa daripada 35 keluarga.

 

Sumber : BERNAMA

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.