Friday, February 23, 2018
vital-top
updated 2:59 PM UTC, Feb 23, 2018

LKIM Sedia Bantu Nelayan Terjejas Banjir

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu akan sentiasa memantau dan menjaga kebajikan golongan nelayan yang terjejas banjir.

Pengarah LKIM Terengganu Mohamad Zawahid Shamsuddin berkata bagi memudahkan urusan permohonan dan kawalan, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di semua daerah dengan kerjasama persatuan nelayan.

Bantuan tersebut adalah antara bantuan yang disalurkan kepada golongan nelayan dan bukan sahaja pada musim tengkujuh, malah nelayan turut menikmati ‘bantuan kilat’ jika terjadi kapal karam atau nelayan hilang.

Selain itu, LKIM juga akan membekalkan ikan untuk dimasak di pusat pemindahan sementara menerusi bekalan ikan sejuk beku Q’Fish.

 

Sumber : BERNAMA