Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Pulang, Lupus Barang Elektrik Tidak Selamat - Suruhanjaya Tenaga

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tenaga (ST) menggesa pengimport kelengkapan elektrik di negara ini untuk memulangkan semula ke negara asal atau melupuskan barangan elektrik yang gagal ujian konsainmen dan tidak mendapat kelulusan keselamatan.

Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik ST Mohd Elmi Anas berkata kelengkapan elektrik yang gagal ujian konsaimen adalah tidak selamat dan tidak akan dibenarkan untuk dijual di negara ini bagi memenuhi piawaian dan menjamin keselamatan orang awam.

Semua pengimport perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan dan mematuhi syarat yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum membawa masuk sebarang kelengkapan ke negara ini.

Pengimport juga perlu memastikan kelengkapan elektrik yang diimport adalah sama seperti yang diisytihar dan dinyatakan dalam laporan ujian keselamatan.

 

Sumber : BERNAMA