Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Suruhanjaya Tenaga Lupuskan 200 Unit Periuk Nasi Elektrik Tidak Selamat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Tenaga (ST) melupuskan 200 unit periuk nasi elektrik dengan anggaran nilai pasaran RM80,000, kerana gagal mematuhi beberapa syarat.

Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik ST, Mohd Elmi Anas berkata, periuk nasi tersebut yang dibawa masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang dari China, gagal ujian konsainmen yang ditetapkan oleh ST, semasa membuat permohonan Perakuan Kelulusan.

Kelengkapan elektrik yang gagal ujian konsainmen tidak akan dibenar dijual di negara ini, sebaliknya dikembalikan ke negara asal atau dilupuskan.

 

Sumber : BERNAMA