Monday, February 19, 2018
vital-top
updated 8:46 AM UTC, Feb 19, 2018

Jenazah Anggota Parlimen Jelebu Selamat Dikebumi

  • Published in Nasional

JELEBU - Ahli Parlimen Jelebu, Allahyarham Datuk Zainudin Ismail, 57 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petaseh Hilir, bersebelahan pusara ibu dan bapanya pada pukul 11.30 minit pagi tadi.

Talkin disempurnakan oleh Imam 1 Masjid Sri Pernama Petaseh- Zakaria Ahmad Wahidi.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan, dihadiri kira-kira 500 kenalan dan ahli keluarga Allahyarham.

Terdahulu solat jenazah dijalankan di kediaman arwah di Taman Angsana, Jelebu.

Menurut anak ke dua Allahyarham Mohd Arif Zainuddin, ayahnya seorang yang tegas dan sangat komited dengan kerjaya.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 7.30 minit malam semalam, di kediaman anaknya di Kuala Lumpur. 

 

Sumber : BERNAMA