Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

  • Published in Nasional

 

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan makin pulih dengan hanya tinggal sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat tengah hari tadi.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, Tumpat masih menempatkan 32 penduduk melibatkan 8 keluarga.

Bacaan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang masih merekodkan paras amaran dengan 8.32 meter.

Sementara itu, laman rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dimana hujan lebat dijangka berlaku, melibatkan beberapa jajahan di negeri ini.

Antara jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

 

Sumber : BERNAMA