Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Dua Bot Pukat Rawa, Lapan Nelayan Ditahan

  • Published in Nasional

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan dua bot pukat rawa sorong dan lapan nelayan tempatan, termasuk empat daripadanya terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam dua operasi berasingan, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata kedua-dua bot dan lapan nelayan itu ditahan di dua lokasi berasingan di Pulau Pasir Hitam, Taiping, dan Pulau Pangkor.

Dua bot pukat rawa sorong ditahan ketika sedang menangkap ikan antara 2.30 hingga 9.10 pagi kira-kira satu batu nautika dari selatan Pulau Pasir Hitam.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran selain tiada lesen menangkap ikan yang sah.

 

Sumber : BERNAMA