Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Lima Penumpang, Pemandu Bas Ekspres Cedera Terlibat Kemalangan

  • Published in Nasional

IPOH - Enam cedera apabila bas ekspres dua tingkat dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di KM249.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Kuala Kangsar awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri kesemua yang cedera terdiri daripada lima penumpang bas tersebut serta pemandunya.

Katanya kejadian dipercayai berlaku apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Klang bersama 42 penumpang itu merempuh bahagian belakang sebuah lori treler yang diletakkan di bahu jalan susur keluar R&R itu.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kira-kira 3.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dengan bantuan balai Meru Raya bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik jentera tiba di tempat kejadian, anggota bomba membantu mengeluarkan seorang mangsa yang cacat penglihatan menggunakan pintu kecemasan.

(Sumber - Bernama)