Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Banjir Di Melaka Semakin Pulih

MELAKA - Banjir yang melanda Jasin dan Alor Gajah kini semakin pulih.

Hanya tinggal dua penduduk terjejas yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel di Jasin sehingga 8 pagi ini berbanding 12 penduduk terjejas malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah lagi pusat pemindahan di daerah itu iaitu Balai Raya Seri Mendapat ditutup lewat malam tadi.

Cuaca hari ini semakin baik dan mangsa akan dibenarkan pulang sebaik sahaja keadaan dipastikan selamat.

 

Sumber : BERNAMA

 

  • Jumlah paparan: 56