Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Tornado Mengganas Di Kansas

Kansas - Puting beliung gergasi Tornado, menyebabkan kerosakkan teruk kira-kira 20 buah rumah di Kansas , Amerika Syarikat

 

Dua orang dilaporkan cedera akibat ribut kuat itu.

 

Media tempatan dan pihak berkuasa menyatakan cuaca lebih buruk dijangka berlaku di Kansas.

   

Satu rakaman video menunjukkan Tornado memusnahkan kawasan ladang di sepanjang lebuh raya berhampiran Abilene, Kansas.

 

Ribut kencang mungkin berlaku di seluruh  kawasan itu pada Khamis dan Jumaat.

 

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menyatakan, dengan hujan batu dan angin kencang yang berpotensi  menyebabkan kerosakkan teruk.

 

Sebanyak 14 tornado dilaporkan pada hari Rabu di Kansas, Missouri dan Oklahoma, di mana ribut kencang itu telah merosakkan talian elektrik dan landasan kereta api.

 

Tornado juga telah melanda kawasan barat Dodge City, memusnahkan rumah penduduk dan bangunan pejabat.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 237