Sunday, March 29, 2020

updated 1:15 PM UTC, Mar 29, 2020

Hospital Prince George Tutup NICU Selepas Penemuan Bakteria Berbahaya

 

Washington - Penularan bakteria maut, pseudomonas dipinggir Washingtobn DC memaksa Hospital Prince George memindahkan bayi-bayi di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) ke hospital lain.

Menurut Presiden Sistem Penjagaan Kesihatan, Neil Moore, setakat ini, pihaknya sedang bersiap sedia untuk memindahkan sembilan bayi dari hospital yang terletak di Cheverly, Maryland itu. 

Media tempatan sebelum ini melaporkan dua bayi meninggal dunia di hospital berkenaan.

Ketua Pegawai Perubatan, Dr. Carnell Cooper berkata kematian itu disebabkan oleh jangkitan pseudomonas. 

Bakteria itu boleh menyebabkan jangkitan pada telinga, ruam kulit dan penyakit-penyakit ringan pada mereka yang sihat namun boleh membawa penyakit yang teruk dan mengundang maut bagi mereka yang mempunyai daya ketahanan yang rendah. 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 180