Ratusan Ribu Kanak-Kanak Di Ukraine Berdepan Risiko Bahaya Jerangkap Samar Dan Bahan Letupan
UKRAINE - Ratusan ribu kanak-kanak di timur Ukraine berdepan dengan risiko bahaya jerangkap samar dan bahan letupan lain di wilayah bergolak itu.
Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), konflik berdarah antara tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak itu, mengancam 220,000 kanak-kanak yang tinggal dan bermain berhampiran kawasan yang dipenuhi bahan jerangkap samar.
Wakil Unicef di Ukraine, Giovanna Barberis menggesa semua pihak segera menghentikan penggunaan senjata itu.
Sumber : AFP
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Kategori: Berita Dunia
- Jumlah paparan: 238