Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Pemimpin Uzbekistan, Islam Karimov Meninggal Dunia

Tashkent -  Presiden Uzbekistan, Islam Karimov meninggal dunia.

Perkara ini disahkan menerusi kenyataan bersama kerajaan dan parlimen yang menyebut pemimpin negara berusia 78 tahun itu akan dikebumikan di Samarkand.

Perdana Menteri Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev dilantik untuk mengetuai jawatankuasa pengebumian bekas pemimpin negara itu.

Dalam satu kenyataan,  kerajaan Uzbekistan hanya menyebut Karimov berada dalam keadaan kritikal akibat serangan strok sejak hampir seminggu dan menambah keadaan kesihatannya semakin teruk.

Dia meninggal dunia tanpa pengganti bagi mengambil alih pemerintahan di negara Asia tengah itu dengan penduduk berjumlah 32 juta orang.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 107