Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Dua Maut , Enam Cedera Kejadian Tembakan Di Houston

Houston - Kejadian tembakan berlaku di barat Houston lewat Ahad, menyebabkan dua terbunuh dan enam yang lain cedera.

Pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan arahan "mencari perlindungan" ketika penduduk bersiap sedia meraikan Hari Peringatan.

Dua suspek terlibat dalam kejadian tembakan ini.
 
Mereka dipercayai saling berbunuhan.

Ia diumumkan Ketua Polis Sementara Houston, Martha Montalvo kepada wartawan.

Kemudian, pos dalam laman Facebook Jabatan Polis menyatakan, suspek ditembak mati oleh pegawai SWAT Houston.

Bagaimanapun, tidak ada penjelasan kenapa terdapat percanggahan laporan dan polis pula gagal dihubungi.

Menurut pos itu lagi, suspek kedua cedera ditembak pegawai polis dan dibawa ke hospital bedekatan dalam keadaan kritikal.

Montalvo berkata, polis tidak tahu motif kejadian dan meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat.

Mangsa kejadian berbalas tembakan yang berlaku selama beberapa jam, termasuk dua konstabel yang dirawat di hospital dan dibenar pulang selepas itu.


  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 139