Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

COVID-19: Thailand catat kematian pertama selepas lebih 100 hari

THAILAND, 19 September - Selepas lebih 100 hari sifar kematian akibat COVID-19, Thailand merekodkan satu kes maut.

Kematian membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun yang kembali dari Arab Saudi awal bulan ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan Dr Somsak Akksilp berkata individu yang bertugas sebagai penterjemah di Kementerian Buruh di Riyadh dijangkiti COVID-19 pada Julai lalu dan dirawat di Hospital King Fahad di Riyadh.

Dia dibawa balik ke Thailand pada 1 September dan menerima rawatan di sebuah hospital sebelum keadaan pesakit bertambah buruk.

Ini kematian ke-59 di Thailand dengan jumlah kumulatif COVID-19 di Thailand sebanyak 3,497 kes.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 199