Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Seorang lagi mangsa tragedi letusan gunung berapi White Island meninggal dunia

WHAKATANE - Salah seorang mangsa yang cedera parah di dalam tragedi letusan gunung berapi di White Island telah meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital menjadikan angka kematian kepada enam mangsa.

Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Bruce Bird berkata, situasi di White Island ketika ini sangat berbahaya kepada pasukan penyelamat.

Beliau juga tidak dapat mengesahkan bila operasi mendapatkan mayat mangsa lain akan dilaksana.

Saintis dan pakar gunung berapi sedang menjalankan kajian menggunakan dron dan keputusan pelaksanaan operasi bergantung kepada hasil kajian pakar.

Menurut Bird lagi, pihak berkuasa telah melakukan bedah siasat dan proses mengecam mangsa sebelum dipulangkan kepada keluarga mereka dalam masa terdekat.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 148