Friday, October 18, 2019
updated 10:23 AM UTC, Oct 18, 2019

PM Kanada teruskan kempen Pilihan Raya Umum walaupun berdepan ancaman keselamatan

Foto AFP

OTTAWA - Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau meneruskan rancangannya berkempen seperti biasa menjelang Pilihanraya Umum negara itu, 21 Oktober ini.

Ia selepas pemimpin Parti Liberal itu terpaksa memakai pakaian kalis peluru sabtu lalu susulan laporan ancaman terhadap keselamatannya.

Pencabarnya dari Parti Konservatif, Andrew Scheer berkata, ancaman terhadap pemimpin politik tidak mempunyai tempat dalam demokrasi Kanada.

Pemimpin Parti Baharu Demokratik, Jagmeet Singh pula menyifatkan ancaman tersebut sebagai gangguan kepada kelancaran kempen.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 103