Wednesday, January 22, 2020

updated 4:09 AM UTC, Jan 22, 2020

Korea Selatan sahkan kes pertama jangkitan koronavirus

 

SEJONG, KOREA SELATAN - Korea Selatan melaporkan kes jangkitan pertama korona-virus melibatkan seorang wanita China berusia 35 tahun yang tiba dari Wuhan.

Wanita berkenaan kini dikuarantin selepas dikesan mengalami simptom jangkitan termasuk demam panas, selepas mendarat di Lapangan Terbang Incheon.

Wanita tersebut mengaku mengalami kesakitan otot dan dan kesejukan melampau serta pernah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Wuhan.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea Selatan (KCDC) sedang melakukan kajian teperinci ke atas pesakit bagi mengelak berlaku penularan wabak di Korea Selatan.

Penumpang dan anak kapal pesawat turut diberi pemeriksaan teliti bagi mengelak jangkitan sepanjang penerbangan dengan pesakit tersebut.

Susulan itu, agensi tersebut mengarahkan pemantauan di semua pintu masuk diperketat selama 24 jam ketika semakin ramai pelancong China dijangka melawat Korea Selatan sempena cuti Tahun Baharu Cina.

 

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 155