Tuesday, November 21, 2017
vital-top
updated 9:53 AM UTC, Nov 21, 2017

300 Maut Serangan Terbaharu Di Deir Al-Zor

Damsyik - Militan Daesh atau Is dilaporkan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Syria apabila menyerang sebuah kawasan kejiranan di Begauliya dan Ayash di bandar Deir al-Zor, menyaksikan sekurang-kurannya 300 penduduk terkorban. 

 

Stesen televisyen kerajaan melaporkan, kebanyakan mereka yang maut merupakan warga emas, golongan wanita dan kanak-kanak.

 

Stesen itu turut menyiarkan futej anggota kabinet kerajaan yang bermesyuarat, mengutuk dan mengecam keras kekejaman terbaru itu yang disiftakan sebagai tindakan bacul.

 

Bagaimanapun tidak dapati dipastikan tarikh sebenar rakaman itu diambil.

 

Dalam pada itu sumber rapat dengan kerajaan Syiah Syria berkata, dalam siri serangan terbaharu itu, militan Daesh membunuh sekurang-klurangnya 250 penduduk, termasuk anggota pejuang pro-kerajaan Syiah Syria dan ahli keluarga mereka.  

 

Ada antara mangsa yang turut dipancung.

 

Terdahulu, Pertubuhan Pemantauan Hak Asasi Manusia Syria mendakwa sekurang-kurangnya 35 anggota tentera dan pejuang pro-kerajaan Syiah terbunuh.

 

Sementara itu terdapat kumpulan bersenjata lain yang turut dilaporkan melancar beberapa lagi serangan di kawasan bandar, di barat laut negara itu.

 

Militan Daesh ketika ini mengawal sebahagian besar kawasan di wilayah timur sementara tentera kerajaan Syiah Syria mengawal di sebahagian lokasi komersial termasuk pangkalan udara tentera.

 

Deir al-Zor, merupakan ibu negeri wilayah Ragga yang dikuasai sepenuhnya militan Daesh dari kumpulan yang berpangkalan di Iraq. 

  • Jumlah paparan: 227