Saturday, April 4, 2020

updated 11:45 AM UTC, Apr 4, 2020

47 Maut, 118 Cedera Pusat Latihan Polis Diserang

Libya - Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala 118 lagi cedera dalam serangan bom di sebuah pusat latihan polis di bandar Zliten, Libya.

 

Serangan tersebut yang terburuk sejak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi digulingkan

 

Serangan berlaku ketika ratusan pelatih polis menghadiri perhimpunan pagi.

 

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

 

Menurut saksi, seorang lelaki yang memandu sebuah trak merempuh pintu pagar pusat latihan itu, sebelum kenderaan berkenaan meletup.

 

Letupan kuat boleh kedengaran sehingga beberapa kilometer.

 

Sejak kematian Gaddafi, Libya terjerumus dalam konflik membabitkan sengketa antara kerajaan dan militia bersenjata yang berebut kuasa untuk menguasai kekayaan minyak negara itu.

 

Sudah lebih setahun, kumpulan militia dikenali sebagai Libya Dawn menguasai Tripoli dan menubuhkan kerajaan sendiri hingga memaksa kerajaan yang diiktiraf, menjadikan bahagian timur negara itu, sebagai pusat pentadbirannya. 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 356