Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Istana Lama Hampir Roboh Akibat Banjir Teruk

 

United Kingdom - Sebuah istana lama abad ke-16,  hampir roboh ke dalam sungai di Aberdeenshire, Scotland selepas banjir teruk menghakis tebing Sungai Dee.

Bangunan berusia 400 tahun itu terletak berdekatan dengan istana Balmoral .

Pemilik  Abergeldie Castle, Baron Abergeldie, John Gordon dan isterinya terpaksa melarikan diri dari istana selepas air sungai melimpah tebing.

Istana ini telah wujud sejak 400 tahun lalu; dan kemungkinan akan roboh ke dalam sungai.

Banjir teruk sejak akhir Disember lalu, telah melanda Ireland Utara, Wales, England dan Scotland.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 300