Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

Ibu Dijangkiti Zika Disaran Terus Susukan Bayi - WHO

Geneza - Wanita yang dijangkiti virus Zika perlu terus menyusukan anak kerana tiada bukti risiko pemindahan jangkitan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

"Berdasarkan bukti yang ada, manfaat penyusuan untuk bayi dan ibu melebihi potensi risiko virus Zika berpindah menerusi susu ibu," kata WHO dalam cadangan sementara kepada pihak berkuasa di negara yang terjejas akibat wabak itu. 

WHO mengakui virus Zika dikesan dalam susu ibu dua wanita dijangkiti namun menambah "ketika ini tiada laporan bahawa virus Zika dipindahkan kepada bayi menerusi penyusuan." 

"Satu kajian sistematik akan dijalankan pada Mac 2016 untuk menyemak dan mengemas kini cadangan itu," katanya. 

Kes jangkitan aktif Zika dilaporkan di 28 negara dan jajahan di benua Amerika dan kepulauan Carribbean, dengan anggaran 1.5 juta orang di Brazil. - AFP

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 350