Saturday, 26 September 2020

updated 5:40 AM UTC, Sep 26, 2020

Florida Dilanda Banjir

Florida - Angin ribut dan hujan lebat 'semalaman' yang melanda, menyaksikan kawasan sekitar Vero Beach mengalami banjir terburuk.

Taburan hujan disukat mencecah 28.4 sentimeter Selasa lalu, sekaligus mencatat rekod baharu sejak 1957.

Banyak kawasan ditenggelami air termasuk di kawasan kediaman yang menyaksikan banyak bangunan dan kenderaan musnah.

Antara kawasan paling teruk terjejas, termasuk di Fort Pierce di selatan.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan mengkaji kehadiran puting beliung di kawasan itu, susulan kemusnahan teruk yang berlaku.

Namun tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.


  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 348