Saturday, 26 September 2020

updated 4:44 AM UTC, Sep 26, 2020

Pesawat Egypt Air Hilang Dari Radar

Kaherah - Penerbangan EgyptAir dari Paris ke Kaherah, Mesir dilapor hilang dari radar pagi ini.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut menerusi laman twitter rasminya, penerbangan MS804 membawa 69 orang termasuk 10 krew , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, 11:09 minit malam waktu tempatan. 

Pesawat sepatutnya mendarat di Kaherah pada jam 3 pagi. 

Menurut CNN, pesawat terbang pada ketinggian 37 ribu kaki, dan hilang sebelum memasuki ruang udara Mesir. 

Kerajaan Mesir bagaimanapun, belum mengeluarkan sebarang pengesahan tentang kejadian itu.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 528