Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

PBB Memulakan Kembali Perjanjian Damai Di Syria

Geneva, Switzerland - Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB cuba untuk memulakan kembali perjanjian damai di Syria yang sebelum ini ditangguhkan.

Menurut wakil khas PBB mengenai konflik di Syria, kedua-dua pihak, iaitu kerajaan semasa Syria dan pejuang pembebasan telah dimaklumkan mengenai tarikh rundingan baharu yang akan berlangsung Jumaat ini.

Gencatan senjata besar-besaran antara perkara pokok yang menjadi keutamaan rundingan, juga kemungkinan menghentikan ancaman ISIL, yang seterusnya akan membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik.

The Geneva Communique, yang diterbitkan PBB pada 2012 mengenai keselamatan dan proses peralihan kuasa di Syria akan menjadi panduan rundingan berkenaan.

Menurut wakil khas PBB, dialog berterusan di antara kedua-dua pihak dalam rundingan pusingan pertama ini dijangka mengambil masa sehingga 2 ke 3 minggu, sebelum kesemuanya dirumuskan menjelang pertengahan tahun ini.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 342