Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Mumbai - Pentas Persembahan Kebudayaan "Make In India" Terbakar

Mumbai, India – Penonton sebuah persembahan kebudayaan sempena Minggu "Make In India" di Mumbai, panik selepas pentas persembahan tiba-tiba terbakar.

Kejadian berlaku ketika persembahan pembukaan penari-penari kebudayaan baru sahaja bermula.

Program yang dianjurkan bagi menarik pelaburan luar itu baru sahaja dilancarkan Perdana Menteri Narendra Modi.

Kebakaran tiba-tiba berlaku di pintu hadapan pentas dan merebak dengan begitu pantas.

Ribuan penonton termasuk golongan kenamaan dan ahli-ahli politik kerajaan berjaya diselamatkan.

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Insiden itu bagaimanapun sedikit sebanyak menjejaskan program yang sepatutnya menarik peluang perniagaan ke India.

 



  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 320