Friday, December 13, 2019
updated 1:38 PM UTC, Dec 13, 2019

Serangan Terbaharu Syria ; Puluhan Maut, Hospital Dan Sekolah Jadi Sasaran

Syria - Sebutir peluru berpandu menembak hospital MSF di bandar Marat al Numan di barat laut Syria, membunuh pesakit dan anggota MSF.

Video yang dimuat naik dalam talian oleh aktivis menunjukkan para pekerja kecemasan berlindung di sebuah padang berdekatan sebelum serangan dilancar.

Manakala video kedua menunjukan seorang lelaki berkata serangan ini merupakan yang keempat serangan udara Rusia ke atas hospital pada hari sama.

Presiden MSF Mego Terzian berkata sama ada kerajaan Syria atau Rusia dipercayai melancar serangan itu.

Tetapi menteri kesihatan Rusia Veronika Skvirtsova berkata serangan udara Rusia hanya mensasarkan kemudahan militan Daesh dan dia tidak ada alasan untuk mempercayai pesawat-pesawat Rusia yang mengebom kawasan awam di Idlib.

Sementara dalam serangan di bandar Azaz, 14 terbunuh apabila peluru berpandu memusnahkan sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan pelarian dan sebuah hospital untuk kanak-kanak.

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 305