Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

60 Terbunuh Dalam Rusuhan Di Penjara Mexico

Monterrey - 60 orang terbunuh dalam rusuhan di penjara di Mexico.

Sebelum rusuhan di Penjara Topo Chico dibandar Monterrey itu tercetus , saudara-mara banduan terdengar bunyi tembakan dikawasan tersebut.

media tempatan  melaporkan mangsa yang maut termasuk banduan dan kakitangan penjara.

Rusuhan itu dikatakan meletus selepas banduan cuba melarikan diri.

Jurucakap pasukan keselamatan awam negara Nuevo Leon, Antonio Arguello berkata, rusuhan itu meletus sekitar tengah malam , sebelum dapat dikawal sepenuhnya 1.30 pagi.

Ia rusuhan terburuk di penjara sejak beberapa tahun lalu, Pada tahun 2013, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh  di penjara San Luis Potosi, manakala  tahun 2012, sekurang-kurangnya 44 banduan mati di penjara Nuevo Leon apabila kartel dadah berkomplot dengan pengawal penjara bagi melarikan diri.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 265